Pages

Friday 18 March 2011

Japanese Cheese Cake




As-salam..ni Japanese Cheese Cake yg Wani buat smalam..hari ni baru ada masa utk upload..baru balik dari niaga kat Warung Jom Singgah..letih sesangat sblm lelapkan mata teringatkan Chese Cake ni...Si ALIF mcm biasa bab2 memotong bagi le diaa..siap payung2 agi almaklumlah aritu Kek besday tak boleh nok letakkk..layan ajeee..lupa lak susu segar tu digantikan dengan whipping cream,resepi asal gunakan susu segar..sedap gak rasanyer..

Sumber  :  Rms Benhadria

Bahan-bahan
4-5 keping cheddar cheese
200ml whipping cream

4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter

1sudu teh perisa pandan
1/2 sudu teh pewarna hijau
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml whipping cream. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,masukkan terus perisa pandan dan pewarna hijau,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

No comments:

Post a Comment